Athisha Khan Dipuji Bijak, Berhemah… Netizen Bandingkan Dengan Ameera Khan

Athisha Khan Dipuji Bijak, Berhemah… Netizen Bandingkan Dengan Ameera Khan

Personaliti media sosial, Athisha Khan menjadi bualan hangat netizen apabila ramai meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian yang disifatkan sebagai matang, berpendidikan serta tidak terlalu menonjolkan kehidupan peribadi di media sosial.

Menerusi platform Threads heboh dalam kalangan netizen yang membuat perbandingan antara dirinya dan adiknya yang juga pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan atau lebih mesra dikenali sebagai LMK.

Menerusi satu ciapan yang tular, seorang netizen menyifatkan perbezaan antara dua beradik itu ibarat ‘langit dan bumi’, selain memuji Athisha sebagai seorang yang bersederhana, tenang serta mempunyai kandungan media sosial yang lebih bermanfaat.

“Athisha sangat calming. Dia berkongsi perkara-perkara yang memberi nilai tambah, tidak terlalu menjolok mata atau mengundang kontroversi. LMK pula lebih kepada gaya hidup mewah dan tumpuan pada hubungan peribadi,” tulis seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi netizen mendakwa pernah satu sekolah dengan Athisha dan berkongsi sisi lain figura itu yang jarang diketahui ramai.

“Saya satu sekolah dengan dia di Kolej Tuanku Ja’afar. Dari tingkatan empat, dia memang rajin belajar. A-Level bukan mudah, tapi dia kerap dilihat di perpustakaan hingga tutup pukul 5 petang. Dia juga pernah jadi prefect dan ahli majlis pelajar,” tulis individu lain.

Netizen turut menyentuh soal identiti dan personaliti dua beradik itu, menyatakan Athisha mempunyai gaya tersendiri berbanding LMK yang didakwa terlalu mengikut gaya barat.

“Saya suka vibe Athisha. Dia ada identiti sendiri, tak terikut gaya ‘Kardashian’ sangat macam LMK. Sekarang pun LMK nampak terpengaruh dengan gaya Hailey Bieber,” kongsi pengguna lain.

Tidak kurang juga yang mengkritik LMK kerana dikatakan terlalu mencuba untuk tampil berbeza, malah dilabel sebagai ‘pick me girl’ oleh sesetengah pihak.

“LMK ni macam terlalu mencuba. Gayanya terlalu terikut gaya berani dari Indonesia. Tapi Athisha lebih classy dan berhemah,” kata seorang lagi netizen.

Scroll to Top