“Jangan Cuba Main Api, Ini Bahaya” – Komposer & Penerbit Pertikai Penganjuran Konsert 4U2C

“Jangan Cuba Main Api, Ini Bahaya” – Komposer & Penerbit Pertikai Penganjuran Konsert 4U2C

“Kami yang kumpulkan mereka dan buat sesi uji bakat”.

Demikian respons komposer dan penerbit, Man Senoi dan isterinya, Mama Rap yang mendakwa mereka tidak dimaklumkan mengenai penganjuran  konsert kumpulan hip hop popular 90-an iaitu  4U2C.

Memetik laporan Harian Metro,  pemilik hak cipta lagu-lagu 4U2C itu AC Mberkata, mereka sepatutnya dimaklumkan mengenai perkara ini kerana mempunyai hak sepenuhnya terhadap lagu-lagu mereka.

“Kami yang kumpulkan mereka dan buat sesi uji bakat. Sebelum itu mereka menyanyikan lagu rock.

“Mereka tandatangan sebagai artis di bawah syarikat kami, Zman Production.

“Apabila dah cukup semua tujuh anggota, kami mula mencari syarikat rakaman tapi tak diterima dan tanya boleh jual ke konsep rap,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Man Senoi dan isterinya, Mama Rap juga memaklumkan, mereka terpaksa hidup susah demi membayar kos latihan dan publisiti kumpulan 4U2C pada ketika itu.

“Jual rantai emas untuk buatkan baju mereka, nak bayar kos latihan mereka.

“Hidup kami sangat ‘struggle’. Kami buat publisiti awal di akhbar dan peminat dah mula menggilai 4U2C.

“Jual rantai emas untuk buatkan baju mereka, nak bayar kos latihan mereka,” jelasnya.

25 lagu popular 4u2c adalah hak milik Zman Production

Oleh itu, Man Senoi mempersoalkan bagaimana 4U2C hendak mengadakan konsert jika 25 lagu merangkumi lagu-lagu popular adalah hak milik Zman Production.

“Jangan cuba nak main api. Ini bahaya. Nanti kasihan perniagaan itu tak jadi. Tiket tak laku dan beberapa benda lagi, tak tahulah. Memang ini kebenaran. ‘Track’ itu kita yang bayar duit. Kita yang bayar produksi semua.

“Kalau nak buat, buat betul-betul. Bukan kita larang kamu pakai, tapi kita tak nak kamu memperkotak-katikkan hak cipta.

Jelasnya lagi, semua 25 lagu itu hak milik mereka sepenuhnya dan anggota 4U2C tidak mengeluarkan apa-apa kos pun.

“Mereka cuma artis. BMG juga tak keluarkan duit. Jangan nak buruk-buruk pasal royalti kerana semua tu kita dah bayar terus kepada BMG untuk bayar mereka.

“Nak buat konsert kena ambil permit. Ambil betul lagu itu dah dapat hitam putih. Dah dapat kelulusan daripada MACP dan syarikat rakaman. Itu yang betulnya,”ujarnya.

Bagaimanapun, Man Senoi dan isterinya terbuka untuk sebarang perbincangan lanjut dengan penganjur yang akan disertai dengan peguam.

“Dengan budak-budak ini kita tak nak bercerita apa-apa. Budak-budak ini bukan dia bodoh. Umur semua dah 50 tahun lebih. Tapi kita nak, apa yang kita nak buat sekarang, buatlah benda betul-betul.

“Jangan buat lebih kotor. Dahlah nama kotor kau tinggalkan kita. Kita tak akan setuju kalau kau buat sendiri tanpa kebenaran kita. Saya akan berjuang sepanjang masa untuk tegakkan hak,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Macam Adik Beradik, Tak Ada Konflik Langsung” – AC Mizal Perjelas Punca Perpecahan Kumpulan 4U2C

ARTIKEL BERKAITAN:4U2C Kembali Dengan Konsert Hip Hop, Angkat Tema ‘Bringin Back Da 90’s Flava’

Sumber/kredit foto: Harian Metro

Scroll to Top