Pelakon Ruhainies tampil menjawab dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dia memakai tasbih secara terbalik seperti yang tular baru-baru ini.
Katanya, dia tidak bertanggungjawab untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul namun, terpaksa melakukannya.
“Saya tidak bertanggungjawab untuk menjelaskan kekeliruan itu tetapi, saya tetap melakukannya,” katanya.
Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Story miliknya.
Tidak habis disitu, Ruhainies sempat menunjukkan cara penggunaan tasbih tersebut menerusi video yang dikongsikan.
Menurutnya, itu adalah sisi pandangan netizen (point of view) sahaja kerana, dia sebenarnya memakai tasbih tersebut mengikut keselesaannya.
“Dalam beberapa hari ni saya dapat banyak DM yang bagitahu saya pakai tasbih terbalik. Okay, biar saya tunjukkan macam mana cara pakainya.
“Setiap kali bila kita selawat, saya akan pakai macam ni. Mungkin dalam gambar atau video korang nampak macam terbalik tapi sebenarnya tidak.
“Other than that, ramai juga yang tanya mana saya beli tasbih digital ni. Yang saya pakai ni sebenarnya dapat daripada seseorang kemudian saya hantar untuk custom,” jelasnya.