Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menegaskan bahawa masanya bersama anak-anak tetap menjadi keutamaan walaupun tidak dikongsi secara terbuka di media sosial.
Menerusi satu siaran langsung di platform TikTok, Bella meluahkan kekesalannya apabila ada segelintir netizen mempersoalkan komitmennya sebagai ibu hanya kerana kurang berkongsi momen bersama anak-anak di media sosial.
“Sekarang ni walaupun sekejap tapi saya tetap perlu buat siaran langsung sebab nanti orang cakap tak luangkan masa dengan anak-anak.
“Padahal saya selalu dengan anak-anak, cuma saya tak buat siaran langsung atau kongsi di media sosial. Masa dengan anak-anak sangat berharga… saya rakam, tapi semuanya disimpan dalam telefon saya,” ujarnya.
Menurut Bella, tidak semua perkara perlu dipertontonkan kepada umum, apatah lagi soal peribadi yang melibatkan anak-anak.
Dalam pada itu, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu turut menyentuh tentang tanggapan orang ramai apabila melihat dirinya sering dilihat bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
“Kadang-kadang saya dengan YB Syed Saddiq, peminat ambil gambar dan video… atau pembantu peribadi kami yang akan ambil video, jadi orang akan nampak kami sentiasa bersama. Padahal tak pun,” katanya.
Video siaran langsung itu menarik perhatian netizen yang memuji sikap Bella yang tenang namun tegas dalam menjelaskan isu berkenaan, sekaligus menangkis tanggapan negatif yang dilemparkan terhadap dirinya di media sosial.
@scha…..a harap haters or fans yg baru kenal bella hadam …bella selalu je bersama anak2 …tak boleh la every moment bella nk tunjuk .. faham kan ape maksud privacy..it’s ok kami penyokong bella faham je #syedsaddiq #bellaastillah #BASS

