Oh! Artis
Anak Fizo Omar, Wan Maryam luah rasa ‘daddy dah tak sayang’ ketika live TikTok. Luahan jujur itu undang simpati netizen.
Tular di media sosial satu potongan video menunjukkan anak kepada pelakon Fizo Omar, Wan Maryam, meluahkan rasa kurang disayangi sejak ada adik beradik yang lain.
Momen itu berlaku ketika sesi siaran langsung bersama ibunya, Mawar Karim, di mana Maryam secara spontan menyuarakan isi hatinya.
“Daddy ada ramai anak tapi anak sulung daddy rasa…”
Katanya, sebagai anak sulung dia merasakan seperti bapanya sudah tidak lagi sayang dan banyak memberi perhatian kepada adik-adik lain.
“Maryam sebenarnya insecure” – Mawar Karim
Difahamkan, perbincangan ini muncul apabila Maryam memberitahu dia tidak suka budak-budak. Namun, ibunya Mawar menafikan perkara itu.
Katanya, Maryam sangat sukakan kanak-kanak. Perasaan yang dilalui Maryam timbul disebabkan Maryam datang dari ‘broken’ family di mana ibu bapanya bercerai.
Jadi, Maryam akan rasa ‘insecure’ seolah-olah ibu bapanya kurang memberi perhatian apabila ada adik baru.
Malah, Maryam sendiri meminta Mawar membelikan hadiah untuk adik-adiknya. Mawar memohon orang ramai tidak mengambil serius dengan luahan spontan yang dibuat Maryam.
Katanya, itu perkara biasa apabila adik beradik bergaduh tetapi jauh di sudut hati mereka saling menyayangi.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.