Ezlisa Loy Sah bergelar Isteri Hafiz Azizi Dengan Sekali Lafaz

Ezlisa Loy Sah bergelar Isteri Hafiz Azizi Dengan Sekali Lafaz

Pelakon yang juga adik kepada selebriti popular, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy akhirnya selamat menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati, Hafiz Azizi.

Majlis penuh meriah dan eksklusif ini diadakan di International Institute Of Islamic Thought And Civilisation (ISTAC-IIUM).

Ezlisa atau nama penuhnya, Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 29, melangsungkan pernikahan dalam suasana indah yang turut dikongsi secara siaran langsung oleh perancang perkahwinan pasangan itu,  Sanggul Event dan Kunyahan (Wedding & Party Stall Stylist).

Majlis istimewa ini juga disaksikan oleh ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Dalam majlis yang cukup bermakna itu, Ezlisa menerima mas kahwin sebanyak RM300, sebagai simbolik permulaan bahtera perkahwinan.

Penampilannya yang anggun dalam busana pengantin putih sedondon bersama suami nyata mencuri tumpuan para tetamu dan warganet yang mengikuti perkembangan pernikah.an pasangan ini.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 27 April 2024.

Scroll to Top