Polis giat kesan ibu buang bayi berhampiran masjid

Polis giat kesan ibu buang bayi berhampiran masjid

am@hmetro.com.my

Kuala Selangor: Polis sedang mengenal pasti individu yang melahirkan bayi lelaki dan meletakkannya dalam beg plastik di tepi jalan berhampiran Masjid Jamiul Huda, Kampung Api-api, Bukit Rotan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, siasatan lanjut masih diteruskan termasuk melakukan pemeriksaan di setiap hospital atau klinik swasta.

“Setakat ini, polis belum mengenal pasti identiti ibu atau individu yang meletakkan bayi malang itu, serta tiada tangkapan dibuat.

“Pada masa sama, perbuatan itu sukar dikesan kerana tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, Azaharudin memaklumkan bayi lelaki terbabit masih dirawat di Hospital Tanjong Karang.

Semalam, Harian Metro melaporkan bayi seberat 2.135 kilogram itu ditemukan masih bernyawa, matang dan cukup sifat berusia kira-kira seminggu.

Tali pusatnya juga dalam keadaan sempurna.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top