Trending
Ada pelawat yang datang mencium al-Quran tulisan tangan arwah Nurly. Netizen beri reaksi kurang senang.
Pemergian Allahyarham Nurly Shahirah Azman, salah seorang daripada 15 mangsa tragedi nahas pelajar UPSI di Gerik pada 9 Jun lalu, masih meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat.
BACA: “Tempat Kejadian Wangi Sangat Dik” – Abang Luah Rasa Sebak, Adik ‘Pergi’ Dengan Al-Quran Di Dada
Antara yang menarik perhatian ialah al-Quran tulisan tangan milik Allahyarham yang dipamerkan di kediaman keluarganya.
Al-Quran tulisan tangan arwah Nurly

Ramai yang kagum dengan keperibadian arwah yang menjadikan al-Quran sebagai pendamping setia. Malah, pemergian arwah ini memberi pengajaran kepada orang ramai untuk mendekatkan diri kepada al-Quran.
Namun, timbul pula isu apabila ada pelawat yang dilihat mencium al-Quran tulisan tangan arwah.
“Kagum boleh tapi jangan sampai taksub”
Seorang wanita tampil memberikan pandangan di aplikasi Threads dengan menegur tindakan tersebut yang disifatkan agak keterlaluan.
Kenapa sampai cium cium ni? Kagum boleh tapi jangan sampai taksub. Kita yang tengok ni pun tak manis.
Pandangannya disambut baik oleh ramai pengguna media sosial yang turut meluahkan rasa kurang senang terhadap perbuatan itu.
Meskipun mencium kalam Allah bukan satu kesalahan, ramai bersetuju bahawa niat dan cara perlu dijaga agar tidak menimbulkan fitnah terhadap agama.
Pssttt! Pemergian yang dicemburui ramai. Ramai yang menjadikan kisah hidup arwah Nurly sebagai contoh. Tapi janganlah sampai khurafat macam kes sebelum ni ye.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.