Ameera Khan, adik kepada Neelofa, mengakui masih belum mendapat restu daripada bapanya berhubung hubungan cintanya dengan pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol.
Walaupun kemesraan mereka berdua dah lama menjadi bualan netizen, Ameera tampil menjelaskan bahawa mereka belum bernikah seperti yang disangka oleh ramai pihak.
“Saya sayangkan Nichol sangat-sangat, tapi…” – Ameera Khan.

Ameera yang berkongsi perkara ini berkata, dia sentiasa berdoa agar hubungan mereka dipermudahkan dan dijaga oleh Allah, sekiranya Jefri benar-benar adalah jodohnya.
Saya selalu berdoa supaya Allah menjaga hubungan ini. Saya berdoa semoga Allah mempermudahkan segalanya jika Nichol adalah orangnya.
Saya sayangkan Nichol sangat-sangat, tetapi saya tidak mahu menentang ketentuan Tuhan. Saya percaya di atas ketentuan dan perancangan-Nya terhadap saya.
Ameera Khan percaya bapa pasti akan restui…
Walaupun ibu, adik-beradik dan kawan-kawan menyokong hubungan mereka, tetapi bapa Ameera masih belum memberikan ‘green light’.
Daddy belum lagi, tapi soon Insya-Allah. Saya harap. Bila bercakap pasal Daddy, ia membuatkan saya takut. Tapi ini adalah sesuatu yang serius.
Hubungan Ameera dan Jefri mula jadi perhatian sejak mereka kerap memuat naik gambar mesra bersama di media sosial. Ramai yang menyangka mereka sudah bernikah secara senyap-senyap, tapi Ameera sendiri dah tolak andaian itu.
Pssttt! Dalam dunia cinta, restu ibu bapa tetap jadi antara perkara paling penting. Walaupun kita dah rasa jumpa pasangan yang terbaik, doa dan restu keluarga adalah kunci utama untuk kebahagiaan jangka panjang. Macam Ameera, walaupun dah serius dengan Jefri, dia masih utamakan restu ayahnya dan ini satu contoh yang baik untuk kita semua.
Kredit: Xtra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!