Pendakwah bebas popular, yang juga suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu PU Riz bersyukur selepas isu duit hasil jualan kereta Toyota Vellfire miliknya berjumlah RM80,000 telahpun selesai.
Memetik laporan mStar, kes diselesaikan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas salah seorang kakitangan syarikat terbabit didakwa melarikan hasil jualan tersebut.
Kata PU Riz atau nama lengkapnya, Harris Ismail, kejadian berlaku pada tahun 2016 ketiak dia menjua kenderaan tersebut dengan harga RM180,000.
“Syarikat itu setuju membeli kereta saya dengan harga pasaran RM180,000 pada ketika itu.
“Selepas tolak baki bayaran RM100,000 pihak syarikat tersebut sepatutnya menterahkan RM80,000 kepada saya. Tapi resit sudah diberikan namun baki pula yang dilarikan.
“Jadi saya failkan kes dan alhamdulillah kes pun telah selesai,” katanya kepada pemberita.
Namun, pihak syarikat bersetuju dengan cadangan membayar RM60,000 dalam tempoh tiga bulan.
“Pihak syarikat selaku defendan bersetuju untuk membuat pembayaran penyelesaian sebanyak RM60,000 dalam tempoh tiga bulan,” jelasnya.
Dalam pada itu, PU Riz yang diwakili peguam Wan Amir Akram Zainal Abdin dan Elly Jasmin Aminuddin dari firma guaman, Tetuan Amir & Elly Associates menasihatkan agar orang ramai berhati-hati dalam proses jual beli suapay tidak mudah ditipu.
“Apa yang berlaku, saya harap menjadi pengajaran buat semua.
“Jangan mudah percaya pada pihak yang tidak dikenali,” ujarnya.
Sumber: mStar