“Lama Tak Menyirap Ni, Hilang Sabar Banyak Sangat Alasan” – Kena Scam Kali Kedua, Abby Abadi Buat Laporan Polis

“Lama Tak Menyirap Ni, Hilang Sabar Banyak Sangat Alasan” – Kena Scam Kali Kedua, Abby Abadi Buat Laporan Polis

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berang selepas sebuah syarikat tekstil didakwa gagal menyiapkan tempahan tudung milik anaknya, Marissa Dania Hakim dalam tempoh yang ditetapkan meskipun bayaran penuh telahpun dibuat.

Kata Abby, dia sudah hilang sabar apabila terlalu banyak alasan yang diberikan oleh pihak tersebut.

Malah, pihaknya sebelum ini telah dimaklumkan tempahan tudung akan disiapkan dalam tempoh 2 minggu bagaimanapun selepas dua bulan produk berkenaan masih belum dihantar kepada pihaknya.

“Hilang sabar sebab dah banyak sangat alasan. Say apelru dapatkan refund dari bossnya sebab order tudung saya dekat dua bulan dah tak siap-siap dengan berbagai alasan.

“Konon kata bayar penuh, dua minggu siap ni dekat dua bulan dah. Bila kita bising-bising dia kata request refund. Suruh kita pula tunggu samai 15 hari lagi,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi beberapan hantaran berlainan, pelakon siri Gerak Khas ini mendedahkan syarikat tersebut adalah syarikat sama yang pernah menipunya.

“Saya dah berjaya dah dapatkan maklumat syarikat @logicatextiles.my ni.. syarikat ni dari 2021 dah banyak kes rupanya.

“Kali ni memang kena dia ni.. Rasa mcm tempat yang sama saya pernah kena sebelum ni.Siapa kenal pemilik SSM ni, Mohd Hazhrul Ahmad ni.. tolong info. Saya memang nak dia refund duit saya. Apa cara sekalipun.

“Rasa mcm dua kali kena dah ni,” kongsinya.

 

Dalam pada itu, menerusi hantaran terkininya pula, Abby memaklumkan dia kini sedang berada di polis bagi membuat laporan mengenai isu peniouan yang dijalankan syarikat tersebut.

Scroll to Top