HONOR capai 100 cawangan, perkukuh kedudukan dalam pasaran tempatan

HONOR capai 100 cawangan, perkukuh kedudukan dalam pasaran tempatan

Kuala Lumpur: HONOR Malaysia terus mencipta sejarah tersendiri apabila membuka HONOR Experience Store ke-100 di Suria KLCC, sekali gus mengukuhkan lagi kehadirannya di pasaran tempatan dalam tempoh lima tahun.

Pengurus Besarnya, Justin Li berkata pencapaian itu membuktikan penerimaan luar biasa rakyat Malaysia terhadap jenama berkenaan yang kini semakin kukuh dalam pasaran telefon pintar negara.

“Pembukaan premis ke-100 ini adalah detik membanggakan bagi kami dan melambangkan komitmen untuk terus menawarkan teknologi termaju yang memberi impak kepada kehidupan pengguna,” katanya.

Seiring dengan kejayaan itu, HONOR turut mengumumkan pelaburan RM10 juta setahun di Malaysia yang akan memberi fokus kepada peningkatan pengalaman pelanggan di semua cawangan.

Dana itu bakal digunakan untuk menambah baik zon interaksi dalam HONOR Experience Store bagi membolehkan pengguna mencuba sendiri peranti terkini serta menikmati pengalaman membeli-belah lebih pintar dan moden.

Katanya, HONOR kini menguasai pasaran telefon pintar kelas pertengahan premium berdasarkan laporan firma penyelidikan pasaran.

Dalam julat harga RM1,500 hingga RM3,000, satu daripada empat telefon pintar yang terjual di Malaysia adalah daripada HONOR, termasuk model seperti siri boleh-lipat HONOR Magic V3.

Dalam pada itu, syarikat itu juga menyasarkan untuk memperluaskan perkhidmatan selepas jualan dengan membuka antara 22 hingga 25 pusat servis rasmi menjelang akhir 2025. 

Setakat ini, 18 pusat servis sudah dibuka sejak 2022 dan tiga lagi dijangka mula beroperasi tidak lama lagi.

100 pelanggan terawal bakal terima hadiah

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi HONOR Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top