[VIDEO] Trend TikTok Daiyan Trisha Dikritik, Netizen Kaitkan Dengan Ibadah – “Yang Pergi Umrah Tu Paling Seksi”

[VIDEO] Trend TikTok Daiyan Trisha Dikritik, Netizen Kaitkan Dengan Ibadah – “Yang Pergi Umrah Tu Paling Seksi”

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha sekali lagi menjadi menyorot perhatian ramai selepas video menari bersama rakan-rakannya tular di TikTok.

Video yang dikongsikan oleh salah seorang anggota DeFam iaitu Sophia Liana memperlihatkan, dirinya bersama Daiyan Trisha, Yaya Zahir, dan Azirashafinas cuba melakukan tarian yang kini popular di platform berkenaan.

Meskipun sekadar berhibur dan berkongsi bersama peminat, namun hantaran berkenaan menerima respons negatif dalam kalangan peminat.

Lebih mencuri perhatian, terdapat segelintir dalam kalangan warganet mempersoalkan tindakan dan penampilan pelantun lagu Penat itu yang disifatkan sebagai tidak manis memandangkan dia telahpun menunaikan umrah.

 

Scroll to Top