“Itu Fesyen, Ada Orang Nak Jatuhkan Saya” – Linda Rafar Beri Penjelasan Isu Baju Ketat | Oh! Artis – Oh! Media

“Itu Fesyen, Ada Orang Nak Jatuhkan Saya” – Linda Rafar Beri Penjelasan Isu Baju Ketat | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Penyanyi Linda diserang anxiety selepas dikecam penunggang agama.


Baru-baru ini, penyanyi Linda Rafar dikecam gara-gara memakai baju yang dikatakan terlalu ketat ketika majlis pengumuman konsert Elite.

Kecaman itu membuatkan Linda hampir tarik diri daripada beraksi di konsert yang dijadualkan pada September nanti.

Linda rasa itu fesyen, pakaian tak seksi

Linda Rafar

Terbaru, Linda menerusi mStar mengakui terkesan hingga diserang anxiety membaca komen yang ditinggalkan netizen.

Dia mengaku sedih dituduh penunggang agama hingga netizen mengaitkan dengan pendakwah Ustaz Wadi Annuar.

Difahamkan, Linda sering mengikuti kelas dakwah Ustaz Wadi membuatkan netizen memberinya gelaran begitu.

Namun, bagi Linda ramai lagi selebriti yang mengikut kelas agama tetapi berpakaian sepertinya. Tetapi selebriti lain tidak dikutuk teruk seperti yang diterimanya.

Menjawab kepada isu itu, Linda berkata, kemungkinan ada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya kerana komen ditinggalkan oleh akaun palsu.

Ada yang cuba menjatuhkan

Elite

Dia merasa pakaian yang digayakan sewaktu sidang media Konsert Elite itu tidaklah terlalu keterlaluan dan ia disediakan oleh pihak pengurusan.

Pakaian tersebut langsung tidak nampak leher saya, dan ya memang baju ketat, tetapi tidaklah terlalu seksi. Bagi saya ia adalah fesyen.

Linda bagaimanapun berterima kasih kepada orang ramai yang tegur secara peribadi. Baginya, itu adalah lebih baik daripada mengaibkannya secara terang-terangan.

Linda juga tidak akan memaafkan netizen yang mengkritiknya sehingga jatuh sakit.

Pssttt! Panjang lebar Linda bagi respon. So kepada sesiapa yang ada kutuk Linda tu, sila minta maaf ye.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top