Hubungan Masih Baik, Bella Astillah Kongsi Foto ‘Selfie’ Dengan Syed Saddiq

Hubungan Masih Baik, Bella Astillah Kongsi Foto ‘Selfie’ Dengan Syed Saddiq

Desas-desus mengenai hubungan baik antara penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sedang bergolak akhirnya sudah terjawab.

Ia susulan tular sebuah foto ‘selfie’ memaparkan Bella dan Saddiq di dalam kereta dipercayai baru sahaja selesai bersenam bersama-sama.

Foto tersebut dihantar kepada rakan Bella, jurufoto diikenali sebagai Pinography di IG menerusi perbualan mereka di WhatsApp ketika disoal mengenai keberadaan Bella.

“Morning apanya.. matahari atas kepala dah. Saddiq kirim salam,” tulisnya dalam mesej tersebut.

Sebelum ini, tiada angin tiada ribut hubungan Bella dan Saddiq didakwa goyah.

Namun begitu, foto itu seolah-olah telah menepis segala tuduhan.

Setakat ini, Bella dan Saddiq masih belum memberi pengesahan sama ada mereka benar-benar menyulam cinta atau tidak, bagaimanapun kemesraan yang dipaparkan seperti mereka benar pasangan kekasih.

Terdahulu, Bella menepis dakwaan mengatakan dia dan Saddiq sudah bertunang, sebaliknya menjelaskan fokus utamanya adalah untuk mencari rezeki buat anak-anaknya.

Scroll to Top