Ibu Shila Amzah Akhirnya Akui Sedang Berkenalan Dengan Seseorang | Trending – Oh! Media

Ibu Shila Amzah Akhirnya Akui Sedang Berkenalan Dengan Seseorang | Trending – Oh! Media

Trending

Ibu Shila Amzah nafi bercinta dengan ustaz tapi akui sedang mengenali seseorang. Katanya, belum serik untuk kembali berumah tangga.


Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila muncul dakwaan mengatakan ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang ustaz.

Menurut laporan mStar, Fauziah menafikan khabar angin tersebut sambil mengakui memang sedang mengenali seseorang tetapi bukan seperti yang digembar-gemburkan.

Memang ada yang di dalam hati dan rapat, tapi soal jodoh ini saya tidak tahu. Mengenai ustaz itu saya tak tahu nak cakap apa sebab tuan badan sendiri pun tak tahu.

Ibu Shila Amzah dedah ramai cuba mendekati

Shila Amzah

Menurut Fauziah, sejak kembali solo, memang ada beberapa individu yang mendekatinya, namun tidak semua serius untuk dijadikan pasangan hidup.

Tidak dinafikan ada beberapa individu yang cuba mendekati tapi bukan sebagai kekasih. Bila sudah kenal, kita anggap macam abang angkat dan kawan saja.

Baginya, kebahagiaan tidak semestinya datang daripada lelaki, sebaliknya hidup tenang dan damai juga sudah cukup bermakna buat dirinya buat masa sekarang.

Belum serik cari bahagia kali kedua

Nd Lala

Walaupun pernah gagal dalam perkahwinan yang bertahan selama 34 tahun, Fauziah tetap terbuka untuk kembali membina rumah tangga jika ditemukan jodoh yang sesuai.

Saya tak pernah serik untuk kembali berumah tangga… Anak-anak, terutama Shila, tiada masalah kalau saya kahwin lagi. Mereka nak tengok saya bahagia.

Namun begitu, dia menegaskan perkahwinan bukan keutamaan, sebaliknya kebahagiaan dan ketenangan adalah fokus utama kehidupannya ketika ini.

Pssttt! Bahagia itu bukan milik pasangan semata-mata. Ia milik hati yang tenang dan reda. Jika ada jodoh yang baik, anggaplah ia sebagai rezeki, bukan keperluan yang mendesak.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top