SERAMAI 18 pemain skuad Bawah 15 (B-15) tahun dipilih bagi menggalas cabaran negara dalam Kejohanan Emerging Socceroos 2025 di Home of Matildas, Melbourne.
Skuad negara sebelum itu diundi dalam Kumpulan D bersama Victoria White, Queensland Maroon dan Capital Football bagi saingan disertai 16 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan.
Victoria White bakal menjadi lawan pertama Harimau Malaya B-15 pada Ahad, disusuli dua lagi aksi menentang Capital Football (Isnin) dan juga Queensland Maroon (Selasa).
Dua pasukan teratas akan layak ke suku akhir manakala pasukan tangga ketiga dan keempat akan meneruskan saingan untuk perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16.
Perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 9 Julai diikuti separuh akhir 10 Julai manakala final pada 11 Julai.
HARIMAU MUDA B-15
1.Adam Nurfakrullah Mohd Fadli, 15, SMK Gambang
2.Muhammad Adam Haikal Muhammad Afifi, 15, SMK Gambang
3.Muhammad Zazuan Asyraff Jefferi, 15, SMK Gambang
4.Adam Muqri Muhaizam, 15, SMK Gambang
5.Dawud Imran Rozlin, 15, SMK Gambang
6.Mohd Aiman Haqimi Mohd Sanusi, 15 SMK Gambang
7.Amsyar Mohd Zulfadli, 15, SMK Gambang
8.Muhammad Haziq Zamin, 15, SMK Gambang
9.Muhammad Syaifullah Mahruzi, 15, SMK Gambang
10.Ahmad Yusuf Nasrullah Ahmad Ramli, 15, SMK Gambang
11.Ahmad Airil Ridzman Ahmad Ridzalman, 15, SMK Taman Desa Skudai
12.Muhammad Fareez Danial Fadzly, 15, SMK Taman Desa Skudai
13.Mohamad Fahim Akmal Zulkarnain, 15, SMK Taman Desa Skudai
14.Muhammad Zahirul Haq Mohd Rizal, 15, SMK Taman Desa Skudai
15.Muhammad Aniq Thaqif Hairulnizam, 15, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
16.Naim Musaddiq Mohd Sabri. 15, SMK Ibrahim Fikri
17.Muhammad Adam Zafri Mohmad Mahadir, 15, Sekolah Sukan Bukit Jalil
18.Muhammad Que Hairiel Wahfie Saiful Ramdhan, 15, SMK Putrajaya Presint 14 (1)