“Baru Faham Kenapa Istiqamah Itu Susah” – Rasa Nak ‘Free Hair’ Kembali, Kila Fairy Mohon Dikuatkan Iman

“Baru Faham Kenapa Istiqamah Itu Susah” – Rasa Nak ‘Free Hair’ Kembali, Kila Fairy Mohon Dikuatkan Iman

Pelakon dan penyanyi, Kila Fairy mencuri perhatian ramai apabila meluahkan perasaannya berhubung cabaran untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, anak kepada penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil itu mengakui dirinya diuji dengan perasaan ingin kembali tidak bertudung.

“Kenapa rasa mom nak free hair balik ni eh? But when I think back about this… kenapa I nak please manusia? Patut kena do everything for Allah. Not manusia,” katanya.

Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, turut mengakui kini baru memahami betapa sukar untuk kekal istiqamah dalam melakukan sesuatu demi Allah SWT.

“Sekarang baru faham kenapa orang kata istiqamah tu susah. Astaghfirullahal’azim Ya Allah kuatkanlah iman aku. Doakan saya, please guys,” luahnya lagi.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-rata memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar Kila terus kuat dan istiqamah dalam perubahannya ke arah lebih baik.

Kila sebelum ini membuat keputusan untuk berhijab sekitar tahun 2020 dan dilihat konsisten mengenakan tudung dalam setiap penampilannya.

Scroll to Top