Apa sahaja yang dilakukan usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri bagi mempromosikan produk keluarannya pasti akan menyorot perhatian ramai.
Menerusi perkongsian sepotong video pendek, Aliff kelihatan memakai baju tanpa lengan dan seluar berwarna hitam yang dipadankan dengan topi berona sama sambil berjalan persis seorang model.
“Papa sesuai jadi penyanyi atau model,” tulisnya pada kapsyen hantaran berkenaan.
Bagaimanapun, rata-rata warganet berasa terhibur menyaksikan video tersebut.
Namun, terdapat segelintir daripada mereka yang mendakwa ternampak bahagian yang tidak sepatutnya












