Nik Nazmi kongsi detik perpisahan dengan staf – “Keputusan yang betul adalah sukar”

Nik Nazmi kongsi detik perpisahan dengan staf – “Keputusan yang betul adalah sukar”

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad kongsi detik perpisahan buat kali terakhir dengan kakitangannya di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sebelum meletakkan jawatan sebagai menteri, hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Nik Nazmi di Instagram, beliau menzahirkan ucapan penghargaan kerana memberikannya peluang untuk berkhidmat sebagai menteri di kementerian itu.

Kongsi detik perpisahan

Kongsi detik perpisahan

“Terima kasih memberi saya peluang untuk menjadi Menteri di pejabat ini. Muda (dan jiwa muda), penuh dedikasi. Terima kasih kerana memahami pilihan sukar ini.
“Acap kali keputusan yang betul adalah keputusan yang sukar,” katanya.

Dalam perkongsian itu juga, Nik Nazmi turut memuat naik lirik lagu kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat (AS), Green Day bertajuk ‘Time Of Your Life’.

Artikel lain: Nik Nazmi kunci mulut, enggan ulas isu peletakan jawatan belum lulus

Hari terakhir Nik Nazmi sebagai menteri

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa beliau masih belum meluluskan permohonan peletakan jawatan Nik Nazmi dan memberi ruang untuk berfikir semula berhubung permohonan itu demi kestabilan parti dan kebajikan rakyat.

Untuk info, pada 28 Mei lalu, Nik Nazmi mengumumkan meletak jawatan sebagai menteri, yang berkuat kuasa hari ini.

Sumber: Instagram @NikNazmiNikAhmad

Scroll to Top