Pengacara dan pelakon, Ain Edruce mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila secara bersahaja mengakui dirinya mengetahui ‘rahsia besar’ yang bakal diumumkan oleh rakan selebriti, Fikry Ibrahim, Sabtu ini.
Menerusi satu perkongsian, Ain mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dia antara individu terawal yang mengetahui tentang pengumuman itu.
“Korang, saya ni tahu semua benda pasal Fikry cakap tu. Daripada A sampai Z dia dah cerita semua.
“Bukan nak berlagak, tapi saya antara orang pertama yang dah tahu. Jadi kalau nak tahu… tunggulah Sabtu ni,” katanya bersahaja.
Sebelum ini, Fikry Ibrahim mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat apabila memuat naik kenyataan di media sosial, membayangkan akan membuat satu pengumuman penting menerusi program Melodi TV3 minggu ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Nantikan Sabtu Ini, Ada Pengumuman Guys!” – Fikry Ibrahim
@melodiberapi Betul ke Ain dah tahu?? Penasaran laaah