Penahanan Eda Ezrin Dan Suami Di Thailand Dilanjutkan

Penahanan Eda Ezrin Dan Suami Di Thailand Dilanjutkan

Oh! Artis

Penahanan Eda Ezrin, suami dan rakan dilanjut hingga 6 Ogos. Mahkamah beri amaran ini lanjutan terakhir.


Penyanyi dikir barat popular, Eda Ezrin yang dikenali dengan lagu Bea Soba Bea, nampak akan terus ditahan sehingga 6 Ogos depan bersama suami dan empat rakannya.

Ini selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat meluluskan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan mereka.

Penahanan ini berkait dengan tuduhan memiliki 6,059 biji pil methamphetamine secara bersama. Kes ini menjadi perhatian memandangkan Eda Ezrin merupakan nama yang dikenali dalam dunia seni dikir barat.

Mahkamah beri amaran, ini lanjutan terakhir…

Eda Ezrin

Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat menyatakan bahawa kelulusan yang diberikan kali ini adalah yang terakhir dan pihak pendakwa diminta segera membuat keputusan sebelum tarikh tersebut.

Mahkamah mempertimbangkan permohonan yang dibuat oleh pendakwa raya hari ini, 4 Julai yang meminta tempoh memfailkan rayuan dilanjutkan untuk kali terakhir.

Mahkamah memberi kebenaran lanjutan sehingga 6 Ogos depan dan mengingatkan pihak pendakwa raya supaya membuat keputusan sebelum tarikh berkenaan.- Katanya.

Eda Ezrin ditahan sehingga 6 Ogos di Penjara Pusat Narathiwat…

Bapa Eda Azrin

Dengan keputusan itu, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30; suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; serta empat lagi rakan mereka iaitu Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26 akan terus ditahan di Penjara Pusat Narathiwat sehingga 6 Ogos 2025.

Pssttt! Bila melibatkan kes undang-undang, terutamanya yang membabitkan dadah, proses siasatan dan rayuan boleh ambil masa lama. Tapi sebagai rakyat biasa, kita kena faham bahawa sistem kehakiman ada prosedur dan had masa yang perlu diikuti.

Dalam kes Eda Ezrin ni, kita serahkan kepada mahkamah untuk buat keputusan adil, dan elakkan buat spekulasi yang boleh mengganggu proses undang-undang. Biarlah kebenaran yang menentukan nasib mereka.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top