Pelakon dan penyanyi jelita, Nur Fazura mencuri perhatian selepas dia berkongsi pandangannya terhadap beberapa pelakon lelaki popular di Malaysia.
Menerusi beberapa potong video yang dikongsikan peminat di platform Threads, Fazura ketika ditanya pengalamannya bekerjasama dengan aktor, Hisyam Hamid menyifatkan, rakan lakonnya itu adalah seorang yang baik.
Kata Faz, kali pertama dia berlakon bersama Hisyam Hamid adalah menerusi filem Dendam Pontianak.
“Hisyam seorang yang baik, kami pernah berlakon bersama-sama dalam filem Dendam Pontianak.
“Tapi masa tu kami tak banyak borak sebab tak banyak scene bersama.
“Tapi memang dia seorang yang baik, tak banyak cakap, family man dan seronok kerja dengan dia walau tak banyak scene. Mana tau satu hari nanti kan. mudah-mudahan,” katanya.
Tidak habis disitu, pelantun lagu Luar Biasa ini juga turut memuji sikap dua aktor ini iaitu, Meerqeen dan Nadhir Nasar.
Menyifatkan kedua-dua anak muda ini berbakat besar dalam bidang lakonan, Fazura juga menjelaskan, kedua-duanya bukan sahaja memiliki rupa paras yang kacak tetapi Meerqeen dan Nadhir adalah antara pelakon yang pandai membawa diri mereka dalam industri seni tanah air.
“Pada Faz, Meerqeen ni seorang pelakon baru yang berbakat.
“Bagi saya, dia dan Nadhir Nasar adalah pelakon yang pandai position dan pandai bawa diri mereka dengan baik. Kacak pun kacak,” jelasnya.