NEW YORK – Pembunuhan orang awam ketika cuba mendapatkan makanan dan di tapak penempatan sementara di Gaza mengejutkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, lapor Xinhua.
“Setiausaha Agung amat terkejut dengan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza,ā kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric pada Khamis.
“Pelbagai serangan dalam beberapa hari kebelakangan ini menyasarkan tapak yang menempatkan penduduk kehilangan tempat tinggalĀ dan mereka yang cuba mendapatkan makanan telah membunuh dan mencederakan ramai rakyat Palestin.Ā Setiausaha Agung mengutuk sekeras-kerasnya kehilangan nyawa orang awam,ā katanya.
Dalam tempoh sehari minggu ini, arahan pemindahan oleh pihak berkuasa Israel telah memaksa hampir 30,000 orang melarikan diri sekali lagi tanpa tempat perlindungan yang selamat danĀ bekalanĀ makanan, ubat-ubatan serta air yang tidak mencukupi, kata Dujarric.
“Dengan ketiadaan bahanĀ api yang memasukiĀ Gaza selama lebih 17 minggu, Setiausaha Agung amat bimbang bahawa talian hayat terakhir untuk kelangsungan hidup sedang terputus,ā katanya.
“Tanpa kemasukan bahan api dengan segera, inkubator akan berhenti berfungsi, ambulans tidak dapat menghantar pesakit dan mereka yang cedera, serta air tidak dapat dirawat,ā tambah jurucakap itu.
Dujarric berkata operasi kemanusiaan terhad oleh PBB dan rakan kongsi juga akan terhenti sepenuhnya.
PBB mempunyai rancangan yang jelas dan terbukti, berlandaskan prinsip kemanusiaan, untuk menyalurkan bantuan penting kepada orang awam dengan selamat dalamĀ skala besar di mana sahaja mereka berada, katanya.
Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) sepanjang bulan lepasĀ hanya mengendalikan empat lokasi agihan yang dikawal ketat oleh pihak bersenjata di seluruh Gaza berbanding 400 hab bantuan komuniti yang sebelum ini diterajui PBB.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) melaporkan ratusan orang awam yang bergegas untuk sampaiĀ ke lokasi GHF yang disokongĀ Israel di zon tentera telah terbunuh atau cedera.
“Mereka (GHF) tidak memenuhi piawaian asas yang sepatutnya dipenuhi iaitu apabila anda cuba membantu orang, anda tidak meletakkan mereka dalam risiko yang lebih tinggi,ā kata Dujarric pada sidang media biasa.
OCHA berkata, ruang untuk orang awam kekal berada di Gaza “semakin mengecil setiap hari.ā
Pada Rabu, pihak berkuasa Israel mengeluarkan satu lagi arahan pemindahan untuk beberapa kawasan di Bandaraya Gaza atas alasan serangan roket Palestin. Rakan kongsi kemanusiaan menganggarkan terdapat 40,000 orang berada di kawasan itu, termasuk tapak penempatan, pusat perubatan dan kawasan kejiranan yang sebelum ini tidak pernah menerima arahan pemindahan sejak sebelum gencatan senjata, kata OCHA.
Pejabat itu memaklumkan sejak pertengahan Mac apabila gencatan senjata tamat, lebih 50 arahan pemindahan telah dikeluarkan. Bersama-sama dengan zon ketenteraan Israel, hanya tinggal 15 peratus kawasan di Semenanjung Gaza untuk orang awam berlindung – iaitu kawasanĀ tidak selamat yang terlaluĀ sesak dan kekurangan perkhidmatan serta infrastruktur asas.
Dana Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Aktiviti Kependudukan (UNFPA) melaporkan haid telah menjadi mimpi ngeri bagi kira-kira 700,000 wanita dan remaja perempuan di Gaza. Selain makanan, mereka memerlukan air, sabun, tuala wanita dan privasi.
UNFPA memaklumkan mereka mempunyai bekalan hampir 170 trak bantuan yang sedia dihantar, namun tidak dibenarkan masuk ke Gaza.
OCHA turut memaklumkan sejak Khamis lalu, sembilan petugas bantuan daripada lima organisasi telah terbunuh, menjadikan jumlah petugas bantuan yang terbunuh kepada 107 orang setakat tahun ini dan 479 orang sejak Oktober 2023 ketika konflik Gaza bermula. Daripada jumlah itu, 326 adalah kakitangan PBB.
Pejabat itu berkata, sepanjang Jun, daripada hampir 400 permohonan penyelarasan yang diperlukan, pihak berkuasa Israel menolak 44 peratus secara langsung, manakala 10 peratus diluluskan pada awalnya tetapi menghadapi halanganĀ dan hanya satu pertiga diluluskan sepenuhnya. Kira-kira 12 peratus terpaksa dibatalkan oleh penganjur atas sebab logistik, operasi atau keselamatan.
Daripada 16 permohonan penyelarasan pada Khamis, empat telah ditolak, sekali gus menyukarkan usaha kemanusiaan untuk memindahkan bekalan perubatan, membersihkan runtuhan dan melaksanakan operasi kritikal lain, kata OCHA. – Bernama/Xinhua