2 beranak maut motosikal bertembung 4WD

2 beranak maut motosikal bertembung 4WD

am@hmetro.com.my

Tangkak: Dua beranak maut selepas motosikal dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 2.5, Jalan Sialang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan daripada orang awam jam 8.10 malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki dua beranak berusia 52 dan tujuh tahun dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas.

“Akibatnya, motosikal terbabit bertembung dengan pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 27 tahun.

“Dua beranak itu parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu 4WD cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Roslan berkata, orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top