[VIDEO] “Bertudung Tapi Munafik, Aku Tak Pernah Aniaya Orang” – Kak KM

[VIDEO] “Bertudung Tapi Munafik, Aku Tak Pernah Aniaya Orang” – Kak KM

Usahawan sensasi, Kak KM terus meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pihak yang gemar menilai seseorang hanya berdasarkan penampilan luaran.

Menerusi potongan video siaran langsung tular di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menegaskan meskipun dirinya sering tampil seksi dan tidak berhijab, dia tidak pernah menzalimi atau bergaduh dengan sesiapa tanpa sebab.

“Aku tak pernah gaduh dengan orang. Tapi korang nampak aku macam ni, terus samakan aku dengan yang bertutup litup tapi hati macam iblis, tak guna juga,” katanya lantang.

Menurutnya, persepsi masyarakat yang terlalu mudah melabel seseorang berdasarkan rupa adalah tidak adil dan cetek.

“Nampak rambut aku kuning, terus ingat aku ni kaki gaduh. Jadi, nak aku pakai tudung baru nampak baik? Itu ke ukuran yang betul?” soalnya.

Kak KM turut menyelar sikap hipokrit sesetengah individu yang berimej ‘alim’ di luar, namun hakikatnya menyimpan niat buruk dan bersikap munafik.

“Ada orang acah pakai tudung tapi hati jahat, munafik. Ada yang pakai tudung tapi suka menindas orang, siap ambil duit orang lagi. Yang tu tak ke memalukan?

“Aku walaupun macam ni, tak pernah aniaya sesiapa. Aku tak bergaduh dengan orang, tapi orang pula yang suka cari pasal sebab cemburu tengok aku berjaya,” katanya.

Scroll to Top