Enam beranak berkumpul di tempat duduk belakang, cubaan selamatkan diri tak berjaya – Bomba

Enam beranak berkumpul di tempat duduk belakang, cubaan selamatkan diri tak berjaya – Bomba

Enam sekeluarga yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki mereka tenggelam di dalam Sungai Korok dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada lemas dalam kereta.

Menerusi temu bual bersama Kosmo! Online, Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada anggota yang menjalankan operasi penyelamatan, kesemua mangsa berkumpul di sebelah kiri bahagian belakang kenderaan ketika ditemukan.

Cubaan selamatkan diri tak berjaya

Cubaan selamatkan diri tak berjaya

“Kemungkinan ada cubaan untuk keluar daripada kenderaan namun tidak berjaya.
“Tiada cermin yang pecah, tapi anggota penyelamat bertindak memecahkan cermin dan lakukan pemotongan untuk mengeluarkan mayat mangsa yang sudah dua hari di dalam air,” katanya.

Artikel lain: Misteri kehilangan terjawab, enam sekeluarga ditemukan lemas dalam kereta Saga

Misteri kehilangan terjawab

Misteri kehilangan enam sekeluarga yang dikhuatiri hilang sejak Sabtu lalu selepas bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Aman, Jitra akhirnya terjawab apabila kesemua mangsa ditemukan meninggal dunia dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam Sungai Korok, di sini hari ini.

Mangsa yang maut terdiri daripada pasangan suami isteri dan empat anak berusia enam bulan hingga sembilan tahun.

Sumber: Kosmo! Online

Scroll to Top