Datuk Asman Shah dilantik sebagai SUK Johor yang baharu

Datuk Asman Shah dilantik sebagai SUK Johor yang baharu

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman, mengangkat sumpah jawatan dan sumpah taat setia sebagai SUK Johor yang baharu.

Asman Shah menggantikan Tan Sri Dr Azmi Rohani yang dilantik sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Majlis angkat sumpah itu diadakan di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

Majlis Istiadat Penyerahan Surat Tauliah, Sumpah Jawatan dan Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Johor disempurnakan, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Asman Shah sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) pada 1 Oktober tahun lalu.

Beliau juga adalah bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Chiba, Jepun, Asman Shah berpengalaman hampir dua dekad dalam sektor perkhidmatan awam, termasuk menerajui pelbagai inisiatif pembangunan ketika memimpin Pasir Gudang sebagai datuk bandar pertama sejak bandar itu diangkat menjadi bandar raya pada November 2020.

Tamat

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top