“Penat Nak Menjawab Hal Kau!” – Dato’ Awie Mohon Amy Search Cerita Perkara Sebenar | Oh! Artis – Oh! Media

“Penat Nak Menjawab Hal Kau!” – Dato’ Awie Mohon Amy Search Cerita Perkara Sebenar | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Penyanyi popular, Awie penat tangkis tuduhan herdik Shila Amzah, petik nama Amy Search.


Sejak beberapa hari ini, tular di media sosial dakwaan melibatkan seorang penyanyi diherdik penyanyi berstatus legenda ketika ‘rehearsal’ untuk konsert.

Dakwaan menyebabkan nama Dato’ Awie dipetik kerana beliau salah seorang penyanyi yang membuat persembahan di acara itu.

BACA: Penyanyi Rock Lagenda, Awie Nafi Herdik Shila Amzah

Beliau bagaimanapun menafikan dirinya terlibat dan menyatakan tidak berada di lokasi semasa kejadian berlaku.

Terbaru, Awie mendesak Amy Search tampil menjelaskan perkara sebenar kerana dirinya dituduh oleh ramai pihak.

“Ambillah tanggungjawab ini, ceritakan perkara sebenarnya”

Awie

Awie memohon Amy Search bertanggungjawab untuk mendedahkan kebenaran agar dirinya tidak terus dituduh dan disalah anggap oleh orang ramai.

Amy Search, ko ceritalah benda yang btul, habis semua manusia kepoh ni tuduh aku! Ambillah tanggungjawab ini bagitau perkara yang sebenarnya.

Tambahnya lagi, dia berasa penat dan sesak dada setiap kali terpaksa membaca dan menjawab pelbagai spekulasi berkaitan isu tersebut.

Netizen sokong keberanian Awie

Shila Amzah

Rata-rata netizen memuji tindakan Awie yang memilih untuk terus berterus terang menyebut nama individu terlibat, sekali gus mengurangkan teka-teki.

Steady tok buh nama terus senang cerita.

Sementara itu, ada juga yang menganggap hantaran itu sebagai jawapan kepada ‘teka-teki’ yang berlegar sebelum ini.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top