Pelakon Nabila Huda menarik perhatian ramai apabila berkongsi luahan seolah-olah ditujukan kepada seseorang.
Tidak menyebut nama, Nabila berkata, itu hanyalah monolog untuk projek terbarunya.
Nabila atau lebih mesra disapa Abil, berkata individu berstatus ‘datin’ itu tak pernah berubah.
“Berhentilah memalukan suami tercinta kau”
Dia memohon individu itu berhenti melakukan perkara yang boleh memburukkan nama suami dan keluarga.
Hei betina, aku rasa kau dah boleh berhenti buat benda bodoh ini, kau ingat kau siapa? Berhentilah memalukan keluarga dan memalukan suami tercinta.
Dalam nada sarkastik, Abil menggelar individu itu sebagai ‘pelacur berstatus Datin’ malah mendakwa bahawa rakyat Malaysia tidak menyukai wanita itu.
Ingat asal-usul dan karma

Sekarang lihatlah apa yang kau dah buat hanya disebabkan orang lain beri pendapat. Semua nak kena ikut cara hidup kau? Pergi mampus.
Abil mengingatkan individu tersebut agar tidak terlalu ego dan jika terus mencetuskan ‘drama’, tidak mustahil keburukan lampau akan terbongkar.
Nabila berkata semua perbuatan pasti ada balasannya dan dia sudah lama memberi amaran. Di hujung video, Nabila berharap sesiapa tidak terasa kerana tiada nama disebut dan ini hanyalah monolog projek terbarunya.
Pssttt! Panjang betul monolog Abil ni kan, projek apa agak-agaknya ya? Tak sabar nak tengok.
Kredit: Instagram Nabila Huda
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.