saufi@mediaprima.com.my
Pengeluar peranti pintar terkemuka, Huawei bakal melancarkan siri telefon pintar kelas perdana terbaharunya, siri Huawei Pura 80 secara rasmi di negara pada 24 Julai ini.
Peranti itu akan membawa revolusi baharu dalam teknologi fotografi mudah alih.
Model utama dalam siri ini, Huawei Pura 80 Ultra dan Huawei Pura 80 Pro menampilkan rekaan ikonik ‘Dazzling Forward Symbol’ yang diinspirasikan daripada motif sinaran matahari, menyerlahkan estetik mewah seiring dengan teknologi canggih.
Huawei Pura 80 Ultra hadir dengan sistem kamera telefoto dwi-laluan pertama di dunia, membolehkan pengguna merakam potret sinematik dan jarak dekat dengan jelas walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.
Manakala Pura 80 Pro pula dilengkapi kamera Ultra Lighting 1 inci dan Ultra Chroma untuk tangkapan malam yang lebih terang dan warna yang tepat.
Dikuasakan sistem imej Huawei Xmage, siri ini juga menyokong rakaman video 4K dan fotografi jarak jauh yang tajam dan jelas, sesuai untuk penggambaran pentas serta senario cahaya mencabar.
Kedua-dua model menyokong pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 80W, selain menggunakan kaca Crystal Armour Kunlun generasi kedua yang tahan calar dan hentakan.
Tamat
© New Straits Times Press (M) Bhd