PM adakan pertemuan tertutup dengan ketua cabang ahli PKR

PM adakan pertemuan tertutup dengan ketua cabang ahli PKR

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa hampir sejam bertemu ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Seminar Pemantapan Organisasi parti itu di sebuah hotel di Kuala Nerus, petang ini.

Pertemuan yang dihadiri lebih 2,000 ahli parti itu diadakan secara tertutup yang turut dihadiri Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Munim.

Sebaik selesai program berkenaan, Anwar yang juga Presiden PKR mengadakan mesyuarat bersama Ketua-Ketua Cabang Terengganu, Kelantan dan Pahang juga secara tertutup di hotel sama.

Difahamkan pertemuan secara tertutup membabitkan ahli parti berkenaan bagi membincangkan masalah dalaman parti terutama bagi memperkuatkan lagi jentera parti itu di tiga negeri berkenaan.

Pertemuan hampir 45 minit itu dimulai dengan Ketua Cabang PKR Kelantan diikuti Terengganu dan Pahang.

Beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu ketika ditemui enggan mengulas intipati pertemuan dan perbincangan yang berlangsung.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top