130 penuntut IPT di Perlis sertai larian antirasuah

130 penuntut IPT di Perlis sertai larian antirasuah

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 130 penuntut dari tiga institut pengajian tinggi (IPT) di Perlis menyertai larian antirasuah sempena program Hari Anti Rasuah, hari ini.

Program anjuran Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu turut membabitkan Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis.

Program dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis yang diadakan di kampus UniMAP itu bertujuan mempromosikan mesej tolak rasuah di kalangan penuntut IPT.

Antara aktiviti dijalankan adalah larian ‘fun run‘, ‘explore race‘ dan ceramah berkaitan antirasuah serta amalan integriti baik yang disampaikan oleh Penolong Penguasa SPRM, Zurazman Noh.

Majlis berkenaan disempurnakan Timbalan Pengarah SPRM Perlis, Mohamad Razif Ab Rased.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) UniMAP, Dr Muhammad Hafiz Ab Aziz.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top