Banduan terlepas, sembunyi dalam bagasi rakan dibebaskan

Banduan terlepas, sembunyi dalam bagasi rakan dibebaskan

Lyon: Penjara Perancis melancarkan siasatan selepas seorang lelaki melarikan diri dengan menyeludup dirinya ke dalam beg rakan selnya.

Rakan selnya itu sudah selesai menjalani hukuman dan mahu meninggalkan penjara.

Banduan berusia 20 tahun itu melarikan diri dari penjara Corbas, dekat Lyon, tenggara Perancis, pada hari Jumaat, lapor penyiar BFMTV.

Banduan itu sedang menjalani beberapa hukuman, kata perkhidmatan penjara dalam satu kenyataan kepada AFP.

Dia “mengambil kesempatan daripada pembebasan rakan banduannya untuk menyembunyikan dirinya di dalam bagasinya dan keluar”, kata kenyataan itu.

Banduan yang melarikan diri itu juga sedang disiasat dalam kes yang dikaitkan dengan jenayah terancang, sumber yang rapat dengan urusan itu memberitahu AFP.

iasatan dalaman sedang dijalankan dan pendakwa raya Lyon telah membuka siasatan mereka sendiri, tambah perkhidmatan penjara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top