Tak puas hati campur hal keluarga punca artis legenda ‘serang’ Shila Amzah -Polis

Tak puas hati campur hal keluarga punca artis legenda ‘serang’ Shila Amzah -Polis

Polis mendedahkan punca kejadian melibatkan penyanyi terkenal Shila Amzah yang didakwa diserang artis legenda lelaki ketika sesi latihan konsert baru-baru ini berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap campur tangan dalam urusan keluarga.

Artis legenda dah beri kenyataan

Memetik laporan daripada Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad menyatakan siasatan awal mendapati isu peribadi menjadi penyebab utama insiden itu berlaku.

“Suspek yang terbabit dalam kejadian ini juga sudah dirakam keterangan.
“Siasatan kita mendapati punca kejadian ini adalah rasa tidak puas hati suspek terhadap pengadu yang mencampuri masalah keluarganya,” katanya.

artis legenda

Shila Amzah buat laporan terhadap artis legenda

Setakat ini, polis telah merakam percakapan empat individu termasuk saksi kejadian, manakala tiada laporan tambahan diterima selain laporan awal yang dibuat oleh Shila Amzah sendiri.

Laporan dibuat Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah sekitar jam 5.31 petang, Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, selepas mendakwa diserang secara terbuka oleh artis lelaki berstatus legenda ketika sesi latihan konsert.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506

Susulan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang merangkumi kesalahan ugutan jenayah.

Walaupun butiran lanjut mengenai suspek belum didedahkan secara rasmi, pihak berkuasa memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dan adil.

Artikel lain: “Amy Search, ceritalah benda betul..”- Awie luah kecewa, penat dikaitkan isu Shila Amzah

Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai sepenuhnya.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Scroll to Top