Tahniah buat pendakwah selebriti, Da’i Syed dan isterinya, Hana Ismail yang berkongsikan berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua.
Menerusi perkongsian di Instagram, Syed memuat naik gambar keluarganya serta memohon untuk mendoakan buat keluarga kecil mereka.
BACA:Hana Ismail Doa Allah Angkat Musibah Sempena Hari Lahir Syed
Dapat dilhat baby bump isterinya jelas kelihatan namun tidak didedahkan usia kandungan anak kedua mereka.
Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin dipermudahkan kelak.
Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos tahun lalu.