
Fahmy semasa sidang media Kejohanan Ragbi 7 Kebangsaan 2025 dan Ragbi Piala Agong. Foto Kesatuan Ragbi Malaysia
SEBANYAK 41 pasukan mengesahkan menyertai dalam Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah (7s) Kebangsaan 2025 yang bakal berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu minggu depan.
Setiausaha Agung Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Fahmy Abd Jalil berkata, kejohanan edisi kali ini membabitkan empat kategori utama iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Bawah 21 Tahun dan Wanita Bawah 21 Tahun.
Beliau berkata, semua perlawanan dijadualkan berlangsung di dua venue utama, Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail dan Padang D.
“Selain penglibatan pasukan negeri, pemain daripada skuad kebangsaan tujuh sebelah lelaki dan wanita (Bunga Raya 7s) turut dilepaskan untuk mewakili pasukan negeri masing-masing,” katanya.
Sebagai rekod, edisi Terengganu 2024 menyaksikan Johor mengungguli Kategori Lelaki Terbuka, Selangor pula Wanita Terbuka, Kategori Lelaki Bawah 21 milik Johor dan Kategori Wanita Bawah 21 di ungguli Terengganu.
Fahmy turut menjelaskan bahawa kejohanan ini akan menjadi pentas terakhir untuk pemilihan pemain ke temasya Sukan SEA 2025 di Thailand yang dijadualkan berlangsung pada Disember depan.
Dalam perkembangan sama, beliau turut mengumumkan penganjuran Kejohanan Ragbi Piala Agong Edisi ke-41 yang bakal menampilkan 10 pasukan, termasuk juara bertahan, PDRM dan naib juara, Johor.
KEJOHANAN RAGBI 7S 2025
LELAKI TERBUKA
1. ATM
2. PDRM
3. PERLIS
4. TERENGGANU
5. JOHOR
6. PUTRAJAYA
7. PAHANG
8. SELANGOR
9. NEGERI SEMBILAN
10. KELANTAN
11. SARAWAK
12. MELAKA
WANITA TERBUKA
1. ATM
2. SELANGOR
3. PERLIS
4. TERENGGANU
5. JOHOR
6. SARAWAK
7. MELAKA
LELAKI BAWAH 21
1. PERAK
2. KUALA LUMPUR
3. PERLIS
4. TERENGGANU
5. JOHOR
6. KEDAH
7. PAHANG
8. SELANGOR
9. NEGERI SEMBILAN
10. KELANTAN
11. SARAWAK
12. MELAKA
WANITA BAWAH B21
1. LABUAN
2. KEDAH
3. MELAKA
4. TERENGGANU
5. JOHOR
6. SARAWAK
7. PAHANG
8. SELANGOR
9. PERAK
10. KELANTAN
PIALA AGONG 2025
1. ATM
2. PDRM
3. TERENGGANU
4. PERLIS
5. JOHOR
6. SELANGOR
7. KELANTAN
8. PAHANG
9. KUALA LUMPUR
10. KEDAH