[VIDEO] Siti Jamumall Sebak, 100 Peratus Kos Bersalin Ditaja DSV

[VIDEO] Siti Jamumall Sebak, 100 Peratus Kos Bersalin Ditaja DSV

Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall tidak dapat menahan rasa sebak apabila menerima kejutan istimewa daripada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) yang sudi menanggung sepenuhnya kos bersalinnya.

Bukan itu sahaja, Siti atau Suriani Wahidin, 27, berkata, Vida turut memilih negeri Perak untuk lokasi bersalin supaya mudah untuknya memantau keadaan Siti selepas melahirkan anak ketiga.

Difahamkan, kos hospital swasta Siti Jamumall dianggarkan sebanyak RM10,000.

“Tidak sangka dalam banyak orang tapi saya yang dipilih untuk ditaja sepenuhnya dan kos keseluruhan mencecah RM10,000.

“Saya rasa Datuk Seri Vida pilih Ipoh sebab dekat dengan kediamannya malah mudah sekiranya nak pantau saya ketika berpantang,” katanya.

Terdahulu, menerusi perkongsian di TikTok, Siti kelihatan berpeluang mengunjungi sebuah hospital swasta bersama ibunya dan Vida.

Menerusi kunjungan itu, mereka dilihat sedang meninjau lokasi yang akan menjadi tempat bersalin anak ketiganya yang dijangka dilahirkan pada awal September depan.

“Saya pun tidak tahu kenapa Datuk Seri Vida sanggup menaja mungkin dia dapat merasakan kesakitan yang saya lalui ini,” tambahnya.

Memahami keperitan ditanggung Siti membuatkan Vida mengambilnya menjadi anak angkat sekali gus menjaga kebajikannya serta anak yang bakal dilahirkan kelak.

“Allah hadirkan saya Mama (kandung) dan Mama Vida…ketika ujian datang bertubi-tubi, mama Vida hadir bagaikan pelindung.

“Pengorbanan mama bayarkan bil hospital ini, Siti takkan lupa sampai akhir nyawa,” ujarnya.

Tidak mahu mengeluh dengan ujian tuhan, Siti bagaimanapun menyifatkan pengalaman lalu dalam rumah tangga banyak mengajarnya erti kehidupan.

“Saya anggap ini adalah pelangi selepas hujan sebab ujian dalam hidup saya besar setelah diceraikn dan dimalukan kawan sendiri,” luahnya.

Untuk rekod Siti Jamumall hangat menjadi bualan netizen apabila tular sepotong video pendek memaparkan dirinya diceraikan oleh suami yang juga pempengaruh, Aiman Tak Kesah secara langsung pada Mei lalu.

Siti sebelum ini juga pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai selepas tiga tahun.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.

Siti kemudiannya bernikah dengan Aiman dalam majlis tertutup di Satun, Thailand pada Jun 2023.

Scroll to Top