Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengakui dia mempunyai hasrat untuk menamatkan zaman bujang serta perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Memetik Sinar Harian, Saddiq bagaimanapun memilih untuk mengekalkan privasi mengenai kehidupan peribadinya apatah lagi apabila melibatkan pasangan dan keluarga.
BACA: Doktor Harap Syed Saddiq Tak Kecewakan Bella, ‘Ugut’ Nak Rampas Muar Jika Tak Kahwin
“Tipulah kalau saya cakap mahu kekal bujang selamanya. Memang ada niat dan perancangan ke arah (perkahwinan) itu.
“Namun, dalam proses membina rumah tangga sendiri, akan melibatkan pasangan, keluarga dan privasi yang perlu dihormati. Biarlah kehidupan saya kekal peribadi sehingga tiba masanya untuk diumumkan kepada semua,” katanya.
Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Bella Astillah, Syed Saddiq berharap agar perkara itu turut diberikan ruang privasi serta menyifatkan penyanyi itu seorang wanita dan ibu luar biasa.
“Dalam hal ini, kita semua tahu Bella merupakan seorang wanita dan ibu yang luar biasa dalam mendidik kedua-dua anaknya, dan pada masa sama mampu mengimbangi kerjayanya.
“Kesibukannya mengalahkan saya, tetapi dalam urusan peribadi antara kami, saya lebih rela ia kekal peribadi,” katanya.
Sumber: Sinar Harian




