'Penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia' bakal diumum

'Penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia' bakal diumum

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan tanda tanya selepas memuat naik satu hantaran misteri di laman Facebook rasminya, hari ini.

Hantaran itu memaparkan satu poster dengan mesej yang menarik dan penuh tanda tanya.

“Akan Datang, Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” catatan pada poster dalam hantaran itu.

Bagaimanapun, mesej ringkas itu tidak memberikan sebarang butiran lanjut melainkan kapsyen ringkas daripada Anwar, “Nantikan.”

Ia mencetuskan perbincangan meluas di ruangan komen.

Pengguna, Anbarasan Balakrishnan berkata: “Harap yang terbaik.”

“Satu mesej yang menarik, semoga ia memberi sinar baharu untuk Malaysia yang lebih baik di bawah kerajaan MADANI,” kata Akhbar Khan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top