Dua nama besar dalam dunia muzik tanah air, Aina Abdul dan Ernie Zakri kini bersaing hebat dalam Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) bukan satu, tapi dua kategori terpanas: Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat serta Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai Samsung Galaxy.
Ini bukan sekadar soal pencalonan, tapi pertembungan dua figura wanita berpengaruh yang masing-masing memiliki gaya, identiti dan kekuatan vokal tersendiri.
Aina dengan persembahan ‘gila’ dan fesyen berani, manakala Ernie tampil anggun dengan pesona minimalis namun vokal padu yang tak pernah gagal menggamit emosi.
Aina Abdul dikenali sebagai penghibur yang sentiasa tampil luar kotak dari lagu-lagu seperti Sepi hingga Terus Hidup, setiap persembahannya di pentas besar hadir dengan konsep penuh jiwa.
Aksi ‘epik’ di Anugerah Juara Lagu (AJL) sering tular, membuktikan Aina bukan sekadar penyanyi, tapi satu fenomena.
Sementara itu, Ernie Zakri pula memukau dengan teknik vokal yang tajam dan kawalan suara yang menggetar jiwa.
Digelar ‘biola manusia’ oleh peminat, nyanyiannya yang halus namun bertenaga sering menjadi penyejuk hati buat pendengar pelbagai generasi.
Walaupun sering menunjukkan sokongan antara satu sama lain sebagai sahabat, pentas AMT2025 bakal menyaksikan persahabatan itu diuji. Hanya seorang akan dinobatkan sebagai penerima trofi tertinggi dan pilihan itu kini di tangan peminat!
Pertembungan gaya Aina dengan aura dramatik, Ernie pula bersahaja namun memukau. Dua hala tuju seni, satu matlamat. Siapa pilihan anda untuk takhta Diva Terhangat?
Undian kini dibuka! Layari www.tonton.com.my/anugerahmeloditerhangat atau muat turun aplikasi Tonton di telefon pintar.
Daftar dan langgan pelan TontonUP langganan 1 bulan memberi 500 undian, manakala langganan 3 bulan pula melayakkan anda menerima hingga 2,500 undian.
Undi sekarang, jangan biar penyanyi kesayangan anda kecundang!