Pelantun lagu Eh iaitu Zizi Kirana akhirnya tampil membuka mulut mengenai status rumah tangganya selepas tular dakwaan mengatakan perkahwinan yang dibina kini goyah.
Kata Zizi, rumah tangganya kini berada dalam keadaan baik sekaligus meminta agar peminat dan orang ramai di luar sana mendoakan yang terbaik.
Dalam pada itu, Zizi atau nama lengkapnya, Nur Fazelah Mad Tahil, 40, mengambi kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang masih mengambil berat tentang dirinya.
“Ahamdulillah, terima kasih sebab ambil berat tentang saya.
“Doakan yang baik-baik ya. Sayang semua,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, status rumah tangga pasangan Zizi Kirana dan Yusuf Bahrain ini menyorot perhatian selepas kedua-duanya sudah tidak mengikuti di platform Instagram masing-masing.
Malah, Zizi juga kelihatan sering memuat naik kapsyen seakan-akan meluahkan rasa hatinya di platform Threads.
Sumber:Gempak