Perkongsian penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bermain alat muzik bersama isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Hasmah Mohd Ali ternyata mencuri perhatian.
Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dimuat naik, Bella turut meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk merakam momen istimewa itu bersama Tun Hasmah.
Video berdurasi kurang satu minit itu memperlihatkan Bella sedang bermain gitar sementara Tun Hasmah bermain violin.
“Tak pernah terbayang untuk berkongsi momen seperti ini bersama Tun Hasmah.
“So humble. I am greatful, alhamdulillah,” katanya.



