Pemenang Anugerah Juara Lagu 39, Marsha Milan mengakui agak berat untuk dia menyandang gelaran ‘Ratu Borneo’ yang diberikan oleh peminat.
Menurut Marsha yang baru sahaja muncul dengan album menonjolkan muzik Borneo berjudul Misompuru, gelaran itu datang dengan tanggungjawab besar sebagai anak seni.
“Gelaran itu agak berat, tetapi sedikit sebanyak, saya bersyukur dengan penghargaan ini. Ia besar maknanya kerana Borneo bukan hanya merujuk kepada Sabah dan Sarawak sahaja, tetapi juga merangkumi Kalimantan dan wilayah lain.
@xtra_my Sekitar majlis listening session album Misompuru Masha Milan yang bakal berlangsung sebentar lagi. Tak sabar nak enjoy dengar semua lagu dalam album ni. 😍 #MisompuruTheExperience #xtramy #xtratonton #misompuru #marshamilan ♬ bunyi asal – Datuk Francis Landong
“Jadi, saya rasa bertanggungjawab untuk terus berkarya dan memastikan legasi ini dapat diteruskan dengan lebih baik,” katanya kepada XTRA.

Marsha ditemui ketika acara Misompuru The Experience di REX, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Misompuru The Experience dianjurkan sempena pelancaran album Misompuru dan di acara terbabit, Marsha mendendangkan lima buah tangan terbaharunya selain berkongsi mengenai bahasa serta sajian tradisional yang berasal dari Sabah dan Sarawak.
@xtra_my #MisompuruTheExperience dibuka dengan lagu Nalan Nalan, kolaborasi Marsha Milan dan Alena Murang. Love ❤️ #xtramy #xtratonton #misompuru #marshamilan ♬ original sound – XTRA
Antara lagu yang didendangkan oleh Marsha di acara tersebut adalah Hey Aramai Ti, Nalan Nalan, Pelangi Pasti dan banyak lagi.
Tambah Marsha, album Misompuru merupakan salah satu usaha dalam memperkenalkan kepelbagaian muzik dalam industri tempatan.
“Saya percaya ini pendekatan yang berbeza, dan dengan adanya album seperti Misompuru, kita boleh menambah variasi dalam dunia muzik tempatan,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Marsha berkongsi dia bakal muncul dengan konsert tidak lama lagi.
@xtra_my Hey Aramai Ti! Meriah vibe lagu ni, sukaaaa sangat 🥰 #MisompuruTheExperience ❤️ #xtramy #xtratonton #misompuru #marshamilan ♬ original sound – XTRA
“Ada tiga, empat pihak merisik saya untuk buat konsert. Selamat untuk saya katakan yang saya sudah bersetuju, tetapi saya tak boleh lagi sahkan bila ia bakal diadakan. Insya-Allah, dalam masa terdekat.
“Saya dah bersetuju untuk buat konsert tapi belum ada perincian selanjutnya. Jika diikutkan, tahun ini sangat sesuai untuk saya adakan konsert kerana 2025 merupakan ulang tahun ke-20 pembabitan saya dalam dunia seni sejak Akademi Fantasia 3 muncul, tapi belum tahu lagi bila, sama ada tahun ini atau tahun hadapan,” katanya.




