Tiada kertas siasatan baru dibuka babit kes Amy, Shila Amzah,

Tiada kertas siasatan baru dibuka babit kes Amy, Shila Amzah,

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Tiada kertas siasatan lain dibuka membabitkan kes penyanyi Datuk Amy Search dan Shila Amzah semasa sesi latihan konsert di Stadium Merdeka baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, siasatan dijalankan secara selari bersama kertas siasatan yang dibuka sebelum ini meskipun laporan dibuat oleh penyanyi legenda itu semalam.

“Keterangan penyanyi legenda berkenaan sudah diambil setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, polis memaklumkan kertas siasatan membabitkan kes itu sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) Putrajaya untuk kajian lanjut.

Pihak polis kini menunggu arahan dan keputusan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes berkenaan.

Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top