Johor Bahru: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas ditemukan selamat semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri M Kumarasan berkata, remaja berusia 17 tahun itu ditemukan di Kuala Lumpur.
“Makluman Orang hilang (OH) ditemukan pada 17/07/25 dalam keadaan selamat di kawasan Kuala Lumpur. Punca keluar rumah dipercayai akibat perselisihan faham dengan ibunya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Rabu lepas, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang sejak Isnin.
M Kumarasan berkata, R Sue Farieda dilaporkan hilang kira-kira 4 petang dan kali terakhir dilihat berada di sebuah restoran di Gelang Patah di sini.
Ibunya yang berusia 51 tahun membuat laporan kehilangan remaja itu pada 5.08 petang kelmarin.
© New Straits Times Press (M) Bhd