Pengacara dan personaliti TV popular, Hawa Rizwana baru-baru ini meluahkan rasa terkejut dan terkilan selepas terdengar sekumpulan budak kecil di taman melontarkan kata-kata kesat tanpa segan silu.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Hawa mendedahkan situasi itu membuatnya terdiam seketika kerana tidak menyangka kanak-kanak seawal usia 9 hingga 10 tahun seakan sudah terbiasa menggunakan bahasa kasar.
“I Was walking at a park earlier and I overheard budak-budak umur sembilan ke 10 tahun casually throwing curse words like it’s nothing. Bad-bad words. It made me pause,” katanya.
Menurut Hawa, pengaruh media sosial mungkin antara punca utama kenapa kanak-kanak zaman sekarang semakin terdedah dengan bahasa-bahasa yang tidak sepatutnya.
“I think social media has such a big influence on them… even more than we realise. To those in the spotlight, let’s be mindful. The little ones are watching and they are learning,” katanya lagi.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai yang bersetuju dengan pendapat Hawa mengenai pengaruh selebriti dan trend media sosial amat memainkan peranan besar dalam membentuk golongan muda masa kini.