Fizz Fairuz Tinggalkan Suria FM, Isteri Luah Rasa Terkilan

Fizz Fairuz Tinggalkan Suria FM, Isteri Luah Rasa Terkilan

Oh! Artis

Fizz Fairuz tamatkan tugas di Suria FM, Almy Nadia beri bayangan keputusan dibuat secara terpaksa.


Pelakon popular, Datuk Fizz Fairuz kini tidak lagi bersama Suria FM selepas hampir dua tahun mengendalikan segmen pagi bersama Ajak dan Kai.

Perkara ini disahkan sendiri oleh isterinya, Datin Almy Nadia menerusi satu hantaran di Instagram Story yang menimbulkan tanda tanya.

Ini kerana Almy seolah-olah memberi bayangan keputusan tersebut bukan dibuat secara sukarela.

Fizz Fairuz berhenti radio. Almy luah rasa syukur dan kecewa dalam masa sama…

Fizz Fairuz

Permulaan yang baik, di hari Jumaat yang baik. Ditemukan dengan orang-orang baik dan dikelilingi dengan orang-orang yang baik.

Dijauhi dengan orang yang hati busuk dan suka aniaya orang, Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah. Saya sayang awak (Fizz Fairuz) dan mama sentiasa ada dengan sayang.- Tulisnya.

Almy turut memberikan semangat kepada suaminya agar terus percaya dengan rezeki Allah dan menegaskan bahawa segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Fizz fairuz almy1
Fizz fairuz almy2

Luahan Fizz Fairuz di hari terakhir siaran…

Fizz Fairuz turut berkongsi ucapan terakhirnya ketika ke udara buat kali terakhir di Suria FM. Beliau tidak dapat menahan sebak apabila meluahkan rasa syukur kerana impiannya menjadi DJ radio telah tercapai.

Hari ini adalah hari terakhir saya di Suria FM. Terima kasih atas peluang beri saya merasai impian yang saya impikan.

Saya memang nak suatu hari nanti dapat jadi DJ Radio kerana saya nak cuba semua bidang. Saya dah pernah jadi pengarah, jadi pelakon dan saya masuk radio ni sebab saya minat.

Datuk Nash pernah cakap suara saya sedap buat DJ. Alhamdulillah tercapai juga impian saya nak berada di sini.- Luah Fizz dengan nada penuh emosi.

Fizz sebelum ini mula menyertai Suria FM pada 21 Januari tahun lalu dan mengendalikan segmen “Morning Morning Suria” setiap Isnin hingga Jumaat dari 6 hingga 10 pagi bersama Ajak dan Kai.

Walaupun perjalanan ini berakhir, peminat tetap memberikan sokongan dan mendoakan agar beliau terus berjaya dalam bidang lain selepas ini.

Pssttt! Kadangkala dalam hidup, bukan semua perjalanan berakhir seperti yang kita harapkan. Tapi percayalah, setiap penutupan pintu ada pintu lain yang sedang menanti untuk dibuka.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top