CelcomDigi lancar kedai Life berkonsep imersif

CelcomDigi lancar kedai Life berkonsep imersif

SHAH ALAM – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) melancarkan kedai utama berkonsep baharu dinamakan Life.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha memperkasakan rakyat Malaysia dengan penyelesaian digital yang lebih mudah diakses dan imersif.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Idham Nawawi berkata, pelancaran tersebut merupakan sebahagian daripada transformasi selama tiga tahun yang tertumpu kepada penambahbaikan pengalaman peruncitan bagi memenuhi keperluan digital pelanggan yang semakin berkembang.

Menurutnya, kesemua kedai CelcomDigi telah meningkatkan tahap perkhidmatan, terutamanya bagi peranti berkuasa 5G dan kecerdasan buatan (AI), dengan pelan mudah alih serta konvergensi bagi memperkasakan pelbagai penyelesaian pintar.

“Transformasi peruncitan ini ialah usaha kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, dan kami ingin memenuhi keperluan ini dengan menyediakan pengalaman peruncitan yang imersif melalui teknologi yang bakal membentuk masa depan kita.

“Kedai utama Life menghimpunkan teknologi dan kandungan terhubung terbaik dalam satu ruang yang memberi peluang kepada pelanggan untuk meneroka dan menyesuaikan penyelesaian pintar dalam kehidupan seharian mereka.

“Menerusi kerjasama dengan Samsung dan Disney, ia mencerminkan usaha dan kesungguhan kami untuk menjadikan kehidupan sesuatu yang mudah dicapai serta menjadikan CelcomDigi sebagai jenama yang dipercayai dan boleh diharap oleh rakyat Malaysia dalam era serba digital ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, menurut Idham, kedai Life yang berkeluasan 3,500 kaki persegi menampilkan lebih 20 rakan kongsi dan zon interaktif seperti Samsung Innovation Stage serta Marvel dan Pixar Connect Lounge.

Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan skrin Endless Aisle untuk membuat pembelian dalam talian secara serta-merta.

Ketua Pegawai Jualan & Runcit, Cheng Weng Hong memperkenalkan 'Endless Aisle' Samsung di CelcomDigi Store Life.

Ketua Pegawai Jualan & Runcit, Cheng Weng Hong memperkenalkan ‘Endless Aisle’ Samsung di CelcomDigi Store Life.

Beliau berkata, sepanjang pelancaran bermula dari 16 hingga 27 Julai, pelbagai promosi disediakan termasuk diskaun produk Samsung sehingga 30 peratus dan hadiah eksklusif untuk 100 pelanggan pertama di setiap lokasi.

“Sempena pembukaan kedai dari 16 hingga 20 Julai 2025 di The Gardens Mall serta 23 hingga 27 Julai 2025 di Sunway Pyramid, pelanggan boleh menikmati diskaun eksklusif untuk aksesori pilihan, promosi pembelian dengan pembelian serendah RM1, tawaran pakej terhad masa dan hadiah percuma bagi 100 pelanggan pertama di setiap lokasi.

“Pelanggan CelcomDigi boleh menikmati diskaun 15 peratus bagi pembelian produk Samsung melalui Endless Aisle, serta diskaun 30 peratus sekiranya mereka merupakan pelanggan CelcomDigi dengan kontrak peranti Samsung,” katanya.

Scroll to Top