Trending
Marissa Dania kongsi video penuh emosi di TikTok bersama kapsyen yang buat ramai tersentuh. Netizen titip pesanan penuh simpati buat dirinya.
Anak kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi iaitu Marissa Dania sering kali menjadi perhatian ramai di media sosial.
Menerusi satu video diĀ TikTok, Marissa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video dirinya dengan latar lagu Pendampingmu #TahtaHatiku nyanyian penyanyi Indonesia, Shabrina Leanor.
Kapsyen perkongsian terbaru Marissa Dania undang perhatian
Namun yang paling mencuri tumpuan adalah kapsyen penuh emosi yang ditulis oleh Marissa, yang seolah-olah menggambarkan isi hatinya.
Jika kamu tidak diperjuangkan oleh seseorang yang kamu harapkan, kamu akan diperjuangkan oleh seseorang yang mengharapkanmu.
Netizen tersentuh, ada yang simpati

Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang meluahkan rasa simpati dan empati terhadap Marissa, selain memberikan kata-kata semangat.
Ada juga yang menitipkan nasihat supaya Marissa mengutamakan kebahagiaannya sendiri, serta membuat keputusan yang mampu memberikan ketenangan jiwa.
Utamakan diri sendiri dulu, Marissa. Awak berhak bahagia.
Pssttt! Kadang-kadang, kita tak perlu terus menanti orang yang tak pernah memperjuangkan kita. Hargailah diri, kerana pasti akan ada yang sanggup menghargai dan menyayangi sepenuh hati.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.